SELAMAT DATANG KE BLOG INFORMASI KEHAMILAN, BERSALIN & MENYUSU MALAYSIA

SELAMAT DATANG KE BLOG INFORMASI KEHAMILAN, BERSALIN & MENYUSU MALAYSIA
LEADER & PENGEDAR SHAKLEE TERBAIK. DAPATKAN VIVIX, SUPLEMEN HAMIL, BERSALIN MENYUSU SHAKLEE MALAYSIA

BAHAYA ANGIN MEROYAN

TEKANAN DI KALANGAN IBU SELEPAS BERSALIN ADAKAH IANYA MEROYAN? Assalamualaikum semua.. moga ilmu hari ini mendapat memberi manfaat sedi...

TEKANAN DI KALANGAN IBU SELEPAS BERSALIN ADAKAH IANYA MEROYAN?

Assalamualaikum semua.. moga ilmu hari ini mendapat memberi manfaat sedikit sebanyak. baiklah...

MUKADIMAH

Tidak ramai pasangan yang membicarakan tentang kesan tekanan emosi (BABYBLUES) yang dihadapi oleh wanita khususnya selepas melahirkan anak terutama semasa dan selepas pantang. Malah banyak yang tidak mengetahui bahawa jangka masa berpantang adalah penting untuk menentukan sama ada ibu akan kembali normal seperti sebelumnya atau si ibu akan menderita akibat tekanan emosi seumur hidup.

APA ITU TEKANAN SELEPAS BERSALIN @ MEROYAN?

Tekanan emosi yang diertikan oleh masyarakat terutamanya masyarakat Melayu dengan nama "angin meroyan". Ia dikaitkan sebagai penyakit tekanan emosi bagi ibu-ibu yang mengalaminya sewaktu atau selepas dalam pantang.


Dalam istilah perubatan ia dikenali sebagai "postnatal depression". Penyakit angin meroyan bersangkut paut dengan kelakuan aneh sebagai kesan emosi (kejiwaan) yang dihadapi oleh wanita selepas melahirkan anak.

APAKAH BENTUK TINGKAHLAKU IBU 'POSTNATAL DEPRESSION' @ MEROYAN?

Wanita yang mengalami masalah "postnatal depression" - meroyan, seringkali menghadapi masalah sukar untuk tidur dan sentiasa mengalami kepenatan. Mereka kerap merasa tegang (stress), rendah diri dan mudah untuk merasa marah. Mereka bukan sahaja menjauhi hubungan seksual dengan suami malah membencinya. Malangnya kebanyakan wanita yang menghidap "postnatal depression" - meroyan tidak menyedarinya sebagai satu penyakit. 

Begitu juga dengan suami dan ahli keluarga. Suami mungkin menganggap isteri berubah laku bukan kerana penyakit "postnatal depression" - meroyan tetapi mengangpap ia hanya perubahan semulajadi yang biasa. Keadaan meroyan akan menjadi semakin teruk apabila suami tidak memahami keadaan tekanan emosi isteri. Kesian si isteri kerana dibiarkan terabai tanpa teman pada waktu-waktu yang amat kritikal dalam tempoh pemulihan si isteri (biasanya sewaktu tempoh berpantang).

Keadaan wanita ini juga akan menunjukkan perubahan yang mendadak seperti kemurungan, runsing dan kelihatan tidak bermaya. Sikap juga berubah dari periang boleh bertukar menjadi pendiam. Kebanyakannya seakan hilang sentuhan dengan dunia alam realiti. Seolah-olah berada dalam zon khayalan. Waktu ini, wanita ini tidak lagi pedulikan orang lain disekelingnya.

APAKAH FAKTOR YANG MEMBAWA KEPADA TEKANAN POST NATAL?  

Sebenarnya terdapat banyak faktor psikologi yang boleh membawa kepada "postnatal depression" - angin meroyan

Kelahiran adalah sesuatu yang dinanti-nantikan oleh setiap pasangan yang berkahwin, tetapi tidak semuanya begitu. Berkemungkinan anak yang dilahirkan adalah anak yang tidak dikehendaki (cacat, jantina bukan yang diinginkan dan lain-lain faktor penolakan anak itu)


Tekanan ketika bersalin ditambah pula dengan tekanan perasaan (stress) apabila mengenangkan anak yang dilahirkan. Apatah lagi wanita yang bersalin berkemungkinan tidak mempunyai hubungan yang baik dengan ibunya sendiri atau mertuanya. Ini akan menambahkan rasa tekanan emosinya.

Kesakitan melahirkan anak diharap dapat difahami bersama oleh suami. Tetapi sebaliknya suami menganggap isteri telah biasa dengan kelahiran. Selepas kelahiran, ibu terpaksa berjaga malam menyusukan bayi dan menukar lampinnya yang basah. Ini membuatkan isteri tidak dapat menikmati masa rehat yang cukup. Baginya tiada kegembiraan dalam menimang cahaya mata sebaliknya merasakan ia sebagai kerja atau beban yang membosankan.


Tekanan emosi dan perasaan isteri akan lebih tertekan apabila suami tidak cuba memahami kepayahan dan kesakitan isteri. Setiap kali suami pulang kerja mengharapkan makanan terhidang, jika rumah bersepah isteri dimarah, sedangkan makan minum isteri ketika berpantang tidak pernah dihiraukan. 

Kerja-kerja rumah seperti mencuci pakaian harus dilakukan oleh suami jika tiada pembantu. Apabila keadaan tekanan ini tidak terbendung, rasa kecewa diluahkan dengan keadaan kemurungan dan menjadi pendiam. Yang lebih teruk sehingga menyebabkan isteri menjerit dan menangis seorang diri. Ada yang lebih buruk, apabila si isteri mengambil tindakan membunuh diri atau membunuh / cubaan bunuh bayinya.




boleh juga rujuk lebih lagi keratan akhbar si sini 


ATASINYA DENGAN MEMBERIKAN SOKONGAN EMOSI

SOKONGAN EMOSI ORANG TERDEKAT (AHLI KELUARGA) TERDEKAT ADALAH PALING BERKESAN 

Tidak banyak kajian yang dilakukan ke atas punca-punca berlaku kesugulan di kalangan ibu selepas melahirkan anak. Walaupun ada kajian yang menyatakan perubahan hormon merupakan punca berlakunya "postnatal depression" - meroyan namun ia hanyalah faktor kecil disamping beberapa faktor penyebab yang lain. Seseorang wanita yang sering berasa kecewa, sentiasa muram dan bimbang juga menjadi punca berlakunya "postnatal depression" - meroyan.

Begitu juga bagi wanita yang belum bersedia menimang cahaya mata tetapi terpaksa menghadapinya juga cenderung mengalami masalah tersebut. Waktu dalam pantang, ibu mudah rasa tertekan kerana kehadiran bayi memerlukan ibu sentiasa berjaga malam. 

Ada kalanya keletihan menjadikan ibu mudah tertekan. Oleh itu amat penting bagi bakal ibu mendapat sokongan moral dan emosi yang kuat daripada seseorang khususnya orang terdekat seperti suami terutamanya pada saat-saat menimang cahaya mata dan selepas melahirkannya.


Sokongan dan bantuan suami merupakan penawar yang paling mujarab ke arah kestabilan emosi isteri. Kajian yang dilakukan di negara-negara barat mendapati bahawa kaunseling merupakan ubat paling berkesan bagi merawat ibu yang mengalami "postnatal depression" - meroyan. 

Di Britain contohnya, kaunseling biasanya dilakukan oleh kaunselor. Kaunselor akan menolong dan datang ke rumah pesakit. Suami perlu turut memberi bantuan sebagai kaunselor dengan memberikan sokongan emosi untuk menenangkan perasaan dan emosi isteri.

Harus difahami bahawa, wanita yang mengalami "postnatal depression"  - meroyan biasanya disebabkan oleh rasa kecewa kerana menyedari keadaan selepas menjadi ibu tidak seperti yang diharapkan. Sebelum kelahiran bayi mereka membayangkan bahawa kehidupan selepas mempunyai anak tentunya lebih indah kerana dikelilingi oleh bayi yang comel dan sihat.

Malangnya apabila mereka mengalami sendiri dalam dunia realiti, keadaannya berbeza. Apa yang dibayangkan dalam fikiran mereka menjadi sebaliknya. Mereka tidak melaluinya dengan mudah. Ini merupakan satu kejutan yang mengganggu emosi dan fikiran wanita tersebut. Maka bagi mereka yang gagal mengawal emosi, ketegangan ini mudah mengalami "postnatal depression" - meroyan.

Bagi bakal ibu, persediaan paling penting sebelum menimang cahaya mata adalah persediaan emosi dan mental yang kuat. Selain daripada pengetahuan mengenai perawatan bayi, bakal ibu juga perlu tahu mengenai kesihatan diri sebelum dan selepas bersalin disamping bersedia untuk menerima kemungkinan buruk selepas bersalin. 

Meletakkan harapan yang tinggi tanpa persediaan jiwa dan rohani yang mantap akan hanya membawa kekecewaan yang memungkinkan anda mengalami "postnatal depression" - meroyan.

RAWATAN ALTENATIF KAUNSELING

Kita rujuk kepada pendapat teori yang terdapat dalam Terapi Rasional Emotif yang dipelopori oleh Albert Ellis memberi andaian tentang sifat semulajadi manusia iaitu 


'Manusia dilahirkan dengan satu potensi untuk berfikir secara rasional dan tidak rasional'. Di samping itu, manusia berkecenderungan untuk memelihara dirinya, mencapai kebahagiaan, berfikir dan menyampaikan buah fikirannya, ingin dikasihi dan mengasihi serta berkomunikasi dengan orang lain'.

Suatu kaedah yang dianggap berkesan dalam mengatasi masalah tekanan semasa dalam pantang selepas melahirkan anak ialah melalui psikoterapi dan kaunseling. 


Bakal ibubapa / ibubapa yang bakal menimang cahaya mata disarankan supaya:

i. Mempunyai persediaan yang cukup dari segi mental, fizikal dan material dalam menghadapi sebelum dan selepas kelahiran cahaya mata.

ii. Bertemu doktor dan pegawai perubatan untuk mendapatkan nasihat bagi membuat persediaan yang berpatutan untuk menghadapi saat-saat kelahiran.

iii. Datang berjumpa kaunselor untuk mengadakan sesi kaunseling perkahwinan bagi membincangkan aspek-aspek persediaan emosi dan kedua-dua pasangan yang akan menimang cahaya mata.

iv. Menimba ilmu kemahiran menghadapi sebelum dan selepas kelahiran anak. Ini supaya kedua-dua pasangan tidak merasa janggal apabila berlakunya situasi tersebut.

Secara kesimpulannya dapat dikatakan bahawa keseimbangan emosi dan mental wanita yang melahirkan anak samada sebelum dan selepas pantang amatlah perlu diberikan perhatian. Bukan wanita itu sahaja bahkan perlu juga sokongan kefahaman dan pertolongan pihak suami dan keluarga. Wanita yang melahirkan anak amat sensitif dan mudah tersinggung kerana perhatian dan bantuan amat di perlukan ketika itu.

Seseorang wanita yang mengalami tekanan postnatal depression ini boleh dipulihkan melalui sesi kaunseling dengan ahli-ahli keluarga terdekat seperti suami, ibu, kakak atau adik beradik yang lain haruslah bekerjasama dalam mengembalikan keriangan di dalam jiwanya. 

Pujuk dan bimbing supaya isteri mendekatkan diri kepada Allah agar tidak berputus asa walaupun diberikan dugaan sedemikian rupa.


Dari sudut terapi kerohaniannya seseorang wanita yang menghadapi tekanan adalah disarankan supaya menenangkan diri dengan menanamkan rasa sabar, yakin dan tawakal di atas takdir-Nya disamping menerima realiti yang berlaku. 

Cara yang terbaik untuk mengurangkan tekanan perasaan ialah memohon kepada Allah SWT supaya menenangkan fikiran dan perasaan resah gelisah menerusi solat dan doa. InsyaAllah dengan kekuatan ini wanita tersebut akan dapat merasa lega dan selaras antara kognitif, efektif dan tingkahlakunya.

KESIMPULANNYA

Masalah tekanan emosi dan mental seperti yang di alami oleh golongan wanita yang dikenali sebagai "postnatal depression"- meroyan, adalah merupakan suatu bentuk penyakit yang berlaku kepada wanita yang melahirkan anak. Jika tekanan ini dibiarkan berlarutan berkemungkinan ia akan menambahkan lagi kekusutan fikiran bahkan boleh menjadi tidak siuman.

Oleh yang demikian, tekanan seperti ini boleh di atasi dengan menggunakan kaedah kaunseling dan terapi yang dilakukan oleh suami atau individu yang ada kaitan dengan wanita tersebut. Namun apa yang lebih perlu ialah perhatian, kasih sayang dan juga bantuan kepada wanita yang melahirkan cahaya mata tersebut secara berterusan sehingga mengalami tahap kesihatan seperti sedia kala.

Buat suami dan ahli keluarga, berilah sokongan kepada isteri. Sentiasa pastikan si isteri menerima kasih sayang dan perhatian secukupnya. Bantu dan berkerjasama dalam hal-hal rumah tangga seperti memasak, membasuh dan menjaga anak. pastikan si isteri mendapat sekurang-kurangnya rehat yang mencukupi dan emosinya stabil.

Sekiranya keadaan si isteri tidak mengizinkan atau didapati mula menunjukkan ciri-ciri meroyan, cepat-cepatlah bertindak bagi memastikan kesihatan isteri kembali seperti sedia kala.

NOTA :

Patutlah masa bersalin anak sulung haritu, bonda asyik menangis je, emosi tak stabil.. Tapi alhamdulillah, dapat kuatkan diri untuk kembali sihat.   

Apa yang saya kongsikan ini semuanya sedikit sebanyak daripada pengalaman saya sendiri dan juga pengalaman kawan-kawan juga rujukan artikel kesihatan. 

Semoga ilmu yang disampaikan memberi 1001 manfaat buat semua. Jika anda rasa ianya menfaat dan wajib diketahui oleh semua ibu, jemputlah 'share' entry ini.

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa di bersalinmenyusu.com



      'Be Simply Healthy'
~Master To Be : Bonda Miza~


Terima kasih kerana sudi meluangkan masa.

'Be Simply Healthy'
Bonda Miza


INGIN DAPATKAN SUPLEMEN SHAKLEE, BENGKUNG BERSALIN & TUNGKU HERBA ?

INGIN MENJANA PENDAPATAN BERSAMA SHAKLEE?   
Hubungi saya Konsultan & Pengedar Shaklee sah anda

(whatsapp/telegram/sms/call)

http://www.bersalinmenyusu.com/2017/02/bisnes-shaklee-kelebihan-jadi-ahli.html

INGIN MENDAPATKAN SUPLEMEN SHAKLEE UNTUK ANDA & SEISI KELUARGA?
INGIN MENJANA PENDAPATAN 4-5 ANGKA SEBULAN DENGAN MODAL YANG RENDAH?
SILA HUBUNGI SAYA:
- See more at: http://www.bersalinmenyusu.com/2014/11/masalah-kesihatan-ibu-semasa-berpantang.html#sthash.e2oiXMKI.dpuf

INGIN TAHU CARA BISNES MUDAH BANTU ANDA JANA PENDAPATAN SAMPINGAN? 
KLIK PADA GAMBAR SAYA DI BAWAH
http://www.bersalinmenyusu.com/2017/03/cara-mudah-mula-bisnes-dari-rumah.html
INGIN TAHU CARA BISNES MUDAH BANTU ANDA JANA PENDAPATAN? KLIK PADA GAMBAR SAYA DI ATAS


MENARIK DIBACA: 

You Might Also Like

6 comments

  1. betul laa.. masa lepas bersalin, sy sedih jerk.. nak marah semua org.. lagi laa kan husband jauh.. kite berpantang kat rumah org tua.. fikiran selalu negatif ..pikir yg buruk je.. maybe dengan x boleh solat semua kan... mintak dijauhkan laaa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya.. betul.. kuat semangat, sabar dan tenang & paling UTAMA ingat Yang Maha Esa (ALLAH) ..InsyaAllah dapat hindarkan perkara buruk berlaku pada diri kita..

      Delete
  2. Sy rasa tertekan sgt..tgh bpantang ni ingt boleh laa rehat2 kepala..rupanya x dgn perangai abg ipar yg mrunsingkn kepala..curi duit yg sy simpan dlm tabung..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bersabar ya puan. Cadangan saya, bincang dengan suami. Jika masih berlarutan, mungkin elok puan balik kerumah sendiri (jika tinggal berasingan) insyallah mohon Allah pelihara keluarga dan anak agar tidak berlaku sesuatu diluar pemikiran. Zikir banyak2 ya. Sy doakan puan cepat sihat. Cuba elakkan pikir yang negatif. Badan belum sihat banyak gangguan yang datang. Apapun cari altenatif paling baik. Jangan pendam sorang ya

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete

jika ada pertanyaan sila tinggalkan komen / cadangan di sini yea. terima kasih atas komen anda.. moga bermanfaat.. :D, boleh juga hubungi saya di talian 012 5852034 (whatsapp/telegram) untuk info lanjut.

salam perkenalan mesra ~ Bonda Miza :D

WOW, BESTNYA JADI AHLI SHAKLEE! BUKAN SAHAJA ENJOY HARGA MURAH, MALAH LEBIH DARI ITU! SYOKNYA!!

WOW, BESTNYA JADI AHLI SHAKLEE! BUKAN SAHAJA ENJOY HARGA MURAH, MALAH LEBIH DARI ITU! SYOKNYA!!
Jadi ahli ni bukan sekadar dapat diskaun harga je, tapi ada lagi yang lebih best. Rupa-rupanya dapat bonus walaupun makan sendiri, WOW! kalau tempat lain pun tak adanya dapat cash back macam Shaklee. kira-kira balik berbaloi, sebab bonus yang BUKAN SAHAJA boleh cover harga vitamin itu balik malah rupanya lebih daripada itu. Syoknya! :D

..

..